Sunday, 12 June 2011

Cara-cara nak hilangkan parut kat muke nyiahahaha~

Assalamualaikum and a vely gud evening to you all bloggers..once again we meet in a same domain..hari nie lak uncle jiji nak jadi tok dukun,meh rapat2 kakak2 abang2 macik2 pacik2..datang dari jaoh nih hehehe~ari nie aku nak kasi tau kat korang macam mane nak hilangkan parut kat muke especially parut jerawat and parut bile kene demam campak yang seringkali dihantui oleh para errr gadis dan wanita..aaarrgggghhhh~PARRROOTTTTT!!!! sebut betul2 bukan burung kakak tua ye..so korang boleh la cube try n testing petua and amalan below :-


1. Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

2. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

5.Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
1. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
2. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

InsyaAllah berkesan,happy trying and tough luck hehe ^_^

3 comments:

GaRy™ said...

gary belum kena campak...betul ke setiap orang wajib kena campak?..huhuhu~

Jijimon said...

huh seriously??
better get redy lorh gary
hik3 nway uncle jiji pn
x igt da kne ke x..
hmmm mcm blum lol~

taliff said...

Huhuhuhu, tip baik nie...tapi dah pernah kena campak...simpan tip untuk orang lainb di maa akan datang~~~

They Are Damn AweSome

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...